Tuesday, December 19, 2017

PENGAJARAN

28 ayat dari surah yang ke 71 ini diturunkan di Mekah; merupakan suatu kisah dari siri-siri pengalaman dakwah di muka bumi. Pengalaman ini mendedahkan keangkuhan jiwa degil dan tidak menghiraukan segala bukti dan hidayah Allah. Pengutusan Nabi Nuh sebagai rasul merupakan suatu tanda yang jelas terhadap rahmat Allah SWT yang terus menerus mengutuskan para rasul sebagai pembimbing umat manusia kepada jalan Allah.

Surah ini jelas memperlihatkan usaha gigih Nabi Allah Nuh yang tidak pernah kenal jemu dan putus asa berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan lain selain daripada kerehaan Allah SWT. Para rasul tidadk mempunyai sebarang kepentingan dalam usaha dakwah dan tidak mendapat upah dari umat mereka yang telah mendapat hidayah. Inilah ciri seorang da'ie. Sungguh menakjubkan bagi da'ie yang bergelumang dengan penentangan dan cercaan tetapi tetap gigih tanpa mengharapkan suatu balasan duniawi daripada usahanya itu. Cukuplah Allah saja baginya.

Itulah gambaran perjuangan nabi Nuh yang berhadapan dengan kaumnya yang degil dan hanyut di belakang pemimpin yang sesat. Demikianlah laporan usaha gigih dan tidak mengenal jemu Nabi Nuh kepada Tuhannya setelah berdakwah selama hampir 1,000 tahun (rujuk ayat 5 hingga 24).

Pengalaman pahit ini dibentangkan kepada Nabi Muhammad SAW selaku pemegang amanah dakwah di akhir zaman; tugas paling besar yang pernah diserahkan kepada seorang rasul. Ia menunjukkan perjuangan Nabi Nuh yang begitu panjang adlaah semata-mata untuk menegakkan hakikat keimanan dibumi.

Dalam berhadapan dengan tentangan Musyrikin Mekah, nabi Muhammad SAW diperhatikan dengan sifat dan lumrah jalan dakwah ini. Kedegilan manusia menolak dakwah kebenaran dan bagaimana pemimpin yang sesat telah mengalahkan pemimpin yang mendapat hidayah dan petunjuk Allah. Namun, Allah secara terus menerus mengutuskan para Rasul secara berturutan walaupun sejarah kesesatan dan kedegilan menusia bermula seawal zaman Nabi Nuh as lagi.

Begitulah bagaimana Allah SWT membentangkan sifat jalan dakwah kepada Rasulullah SAW, bukan mudah dan selesa. Bagaimana pula dengan pendakwah pada hari ini? Cukupkah tidur dan kerehatan kita setiap hari? Semakin bertambah atau semakin berkurang duit poket? Ada banyak masa untuk perkara selain dari dakwah dan tarbiayah?.. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari surah Nuh sebagai titik muhasabah. Kita juga lihat bagaimana risalah Allah ini sentiasa dipelihara. Selepas turutan para anbiya' dan rasul, risalah ini terus berjalan seperti seolah-olah ada suatu rantaian yang panjang dan ikatan di antaranya tersemat rapi.

No comments:

Post a Comment

KISAH LENGKAP NABI NUH AS

Nuh adalah putera lamik Bin Matta Syalih bin Idris. menurut Al-Quran usia Nabi Nuh ialah 950 tahun (QS Al-'Ankabut : 14). Setelah Nabi ...